Tuesday, May 17, 2011

JIRIM

Bab 2 Jirim dan Bahan


1. JIRIM SENTIASA BOLEH BERUBAH

Sama dengan 'mood' kita, jirim boleh berubah-ubah. Ini diterangkan melalui teori kinetik jirim. Teori Kinetik Jirim menyatakan bahawa jirim berada dalam keadaan Pepejal, Cecair dan Gas. Teori ini juga menyatakan bahawa jirim adalah terdiri dari atom yang berbentuk sfera (macam bola ping pong). Atom ini sentiasa bergetar atau bergerak dan boleh berlanggar antara satu sama lain.

Apakah sifat atom-atom yang berada dalam keadaan pepejal, cecair dan gas?

KEADAAN JIRIM SIFAT ATOMNYA CONTOH
PEPEJAL Atom tersusun rapat dan hanya bergetar Ais
CECAIR Atom renggang sedikit dan boleh bergerak dengan mudah. Air
GAS Atom berjauhan dan bergerak laju. Stim


Fenomena Gerakan Brown merupakan pergerakan rawak zarah pepejal atau cecair jika diperhatikan dalam mikroskop. Zarah ini berlanggar antara satu-sama lain. Apabila terkena dinding bekas ia boleh melantun.

Oleh kerana zarah sentiasa bergerak ia boleh meresap antara celah-celah zarah lain. Proses ini dinamakan Resapan. Zarah bergerak ke kawasan yang mempunyai sedikit zarah. Contohnya jika gula-gula dibiarkan dalam cecair, zarah gula itu akan meresap ke seluruh cecair.

Pergerakan zarah bergantung kepada suhu persekitarannya. Semakin tinggi suhu jirim, zarah didalamnya mempunyai tenaga kinetik tinggi. Ini menghasilkan pergerakan yang lebih cepat.

Bila jirim menerima haba, perubahan jirim ialah:
a. peleburan - P menjadi C
b. pendidihan - C menjadi G
c. pemejalwapan - P menjadi G


Bila jirim melepaskan haba, perubahan jirim ialah :
a. kondensasi - G menjadi C
b. pembekuan - C menjadi P
c. pemejalwapan - G menjadi P




2. APA ADA DALAM ATOM?

Ramai saintis telah mengkaji dengan mendalam tentang atom. Antara saintis yang terawal mengkajinya ialah John Dalton. Beliau telah mengemukakan satu teori bahawa atom ialah satu sfera keras. Setelah menjalankan penyiasatan, saintis-saintis lain telah mengubah teori ini sehinggalah pada masa sekarang, model atom moden telah diperkenalkan.

Cadangan Bacaan TambahanBaca Tentang Struktur Atom


Model atom moden menyatakan bahawa terdapat 3 jenis zarah subatom :

a. proton - terdapat dalam nukleus atom dan bercas +
b. neutron - terdapat dalam nukleus atom dan TIADA cas.
c. elektron - berputar-putar di sekeliling nukleus dan bercas -



Konsep nombor proton dan nombor nukleon juga telah diperkenalkan.

Nombor Proton = bilangan proton dalam unsur.

Nombor Nukleon = proton + neutron.



Jika suatu unsur mengandungi 3 proton, 3 elektron dan 4 neutron, nombor proton unsur itu ialah 3 dan nombor nukleonnya ialah 7. Unsur sama yang mempunyai nombor nukleon yang berbeza disebut sebagai isotop.